Wednesday, 3 August 2011

Tafsir surah Al-Hujurat ayat 10-12...

Ape kate kite mantapkan ilmu di dada dengan perkongsian tafsir surah Al-Hujurat ayat 10-12...


Bismillahirrahmanirrahim...


[10]
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.


ayat ke 10 menunjukkan bahawa setiap orang2 yang beriman itu bersaudara. tak kira kaum, bangsa, warganegara, keturunan etc, asalkan mereka adalah orang Islam maka bersaudaralah. 
so lepas ni kalau jumpe  devotees, cakap la, "tu saudara aku tu..".. ok sorry tetibe pulak...





[11]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


ayat ke 11 pulak menerangkan yang janganlah kita merendah2kan atau erti kata lain, menghina orang lain. kita x tahu bahawa orang yang kita hina tu mungkin lebih baik dari kita. setiap manusia itu tidak sempurna, pasti ada cacat celanya. macam tu jugak dengan diri kita. setiap orang ade kelebihan dan kekurangan masing2. jadi, terimalah mereka seadanya, janganlah dihina kekurangan mereka itu. 


ayat ni jugak menyatakan bahawa jagalah aib orang lain. janganlah diheboh2kan sebab akan menjatuhkan maruah individu tersebut. 


then ayat ni pun ade menerangkan tentang panggilan buruk kepada orang lain. kita sekarang ni memang dah biase dengar orang panggil orang lain dengan panggilan yang x berapa baik. contoh macam panggil name bapak dye ke, bagi gelaran ke. pendapat saye, gelaran tu x menjadi masalah, tapi biarlah memberi maksud yang baik dan disenangi individu tersebut. 


dan bila ada individu yang melakukan antare perkara2 yang dilarang di atas, mereka termasuk dalam golongan orang2 yang fasik yakni seorang Islam tapi sering mengabaikan perintah Allah swt. rugi besar jadi orang fasik ni. Nauzubillah..




[12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



ayat ke 12 pulak menerangkan tentang berprasangka buruk terhadap orang lain. janganlah kita bersangka buruk terhadap orang lain. ok saye nak tanye pendapat anda  kalau dalam situasi macam ni, ape yang anda fikirkan.


situasi: seorang wanita nak meminta tolong pakciknya masukkan dia kerja di pejabat pakciknya. malam tu pakcik itu berborak dengan keluarganya..
pakcik: si Siti ni hari tu nak suruh abah masukkan kerja tapi sampai sekarang x telefon2 lagi. kata nak bagi resume.
makcik: ha tu la. macam xnak jekk kerja tu.. (tanggapan makcik..)
anak: ala entah2 dye x sempat nak call la tu. sibuk kot.. ( tanggapan anak )
pakcik: dalam dunia sekarang ni macam2 cara boleh guna. telefon, internet. xkan xde mase langsung.. (tanggapan pakcik yang sama dengan makcik)


so kalau korang? ape yang akan korang fikirkan? Siti memang xnak kerja tu atau Siti xsempat nak telefon pakcik lagi?? yang mana satu tanggapan baik dan yang mana tanggapan buruk??


satu lagi ayat 12 ni menerangkan tentang laranagan mengumpat wahai saudara saudari.. kenapekan mengumpat selalu dikaitkan dengan perempuan? lelaki tu x mengumpat ke??? :P 


mengumpat ni sama macam makan daging saudara sendiri. jadi kalau xnak makan daging saudara kita (lagi2 bulan puase ni) janganlah mengumpat. kalau rase macam nak mengumpat tu, cepat2 la istighfar..Astagfirullahhalazim..


pengajaran ayat2 di atas saye kongsikan dan buat teladan untuk diri saye jugak. kalau ada yang tersalah, mohon tegur saye yekk.. renung2 kan dan selamat beramal!!


kalau nak penjelasan lebih detail, cuba tengok ni.. kat sini penerangan dye lagi jelas beserta hadis..
Tafsir surah Al-Hujurat ayat 9-12

4 comments:

  1. terbaik! tak boleh bla contoh siti tu muahahaha

    ReplyDelete
  2. good job alia! :) tapi..hahaha ayat psl devotees taley blah maa. hehehe

    ReplyDelete
  3. huhuhu.. tu real stori tu bun.. aku tuka watak jep.. hehehe.. tq2..

    ReplyDelete
  4. hahah sorry la cik pija.. tga serius2 pun nak selit gak sal dorang kan.. well peminat-susah-mati ni mmg camni.. hehehehe.. tq2..

    ReplyDelete